Km 7.75, Jalan Kluang, Karung Berkunci 524, 83009 Batu Pahat, Johor, Darul Ta'zim.
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
line decor
   [HALAMAN UTAMA] [TAKWIM] [GALERI]
LINK
line decor
 
 
 
 

 
 SELAMAT DATANG KE JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah aspek teras dalam pembangunan sesebuah institusi latihan perguruan, penghasilan guru berkualiti banyak bergantung kepada kecekapan pngurusan Jabatan HEP.

PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat merupakan sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, menjadi penghubung diantara pelajar dengan pentadbir maktab, menjaga kebajikan pelajar, menguatkuasa peraturan dan memainkan peranan sebagai nadi pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan visi, misi dan objektif Maktab.

PENGAMBILAN PELAJAR IPTHO:

  • Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI).
  • Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).
  • Kursus Perguruan Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
  • Saturday 10 February, 2007 12:14 PM tab (KPKM).

Perbezaan umur, kursus, pengalaman dan latarbelakang menjadikan pengurusan pelajar agak kompleks.

OBJEKTIF STRATEGI JABATAN HEP

  • Membaiki tahap keselesaan dan keselamatan pelajar.
  • Menyediakan semula kemudahan dan keperluan pelajar.
  • Memperbaiki tahap kualiti pengurusan pelajar.
  • Memberi bimbingan memperbaiki disiplin dan sahsiah pelajar.
  • memupuk dan mengembangkan nilai - nilai kepimpinan pelajar.
  • Memperbaiki tahap kebajikan pelajar.

AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

  • Pendaftaran pelajar baru KPLI, KDPM, KDC, PKPG.
  • Menguruskan minggu pengurusan pelajar baru.
  • Menguruskan urusan kediaman pelajar.
  • Menguruskan kebajikan pelajar.
  • Menguruskan pelajar bermasalah dengan pendekatan kaunseling.
  • Menguruskan urusan disiplin pelajar.
  • Menguruskan perkembangan sahsiah keguruan pelajar melalui aktiviti - aktiviti tutorial.
  • Menyelaraskan aktiviti tutorial.
  • Menguruskan projek Bina Insan Guru.

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 



LINK TO YAHOO!

 

 

 

 
 
II NEXT II    

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN (IPTHO) Km, 7.75, Jalan Kluang, Karung Berkunci 524, 83009 Batu Pahat, Johor, Darul Ta'zim. Tel: 07-4323271, 07-4323275 IPTHO. Fax: 07-4343687 Email iptho: adminmail@iptho.edu.my Design by: Nor Azira Binti Supian (KPTMBP)