Untuk melahir dan membentuk insan guru yang menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam disiplin Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang bersifat cemerlang sekaligus memiliki kemahiran tinggi dalam pengurusan keguruan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengatur langkah yang strategik dalam usaha mencapai matlamat iaitu:
untuk meningkatkan imej JATIM dan IPTHO sebagai pusat kecemerlangan Zon Selatan
untuk membantu IPTHO mencapai MS-ISO 9002 melalui konsep kawalan mutu kerja dan konsep kerja bersepadu bermula dari bawah.
untuk membantu IPTHO menjadi Pusat Keguruan yang unggul dari aspek pembangunan sumber manusia dan akademik yang bertaraf dunia
untuk membantu dan mendidik guru pelatih IPTHO supaya mempunyai jati diri yang mantap seimbang dengan pembinaan insan dan sasaran dunia pendidikan alaf baru yang menuju ke arah sebuah Negara yang bertamadun tinggi dan bernilai patriotik yang sejati
IKRAR PENSYARAH JATIM
Dengan sedaya upaya kami berikrar akan meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kepada sasaran didik kami.
Berusaha meningkatkan mutu pendidikan
Berusaha meningkatkan prestasi peperiksaan diploma secara berterusan.
Berusaha membantu semua pihak ke arah mencapai kecemerlangan.
Berusaha ke arah memajukan JATIM dalam semua bidang yang setanding.
Kecemerlangan Ilmu
Memastikan menjelang tahun 2010 , 95 peratus tenaga pengajar di JATIM mengikuti kursus peningkatan profesionalisme untuk meningkatkan kualiti pengurusan mereka.
Memastikan para pensyarah dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih secara optima untuk membentuk guru yang berkualiti bersusuain dengan alaf baru.
Menyedari tentang pentingnya menerokai teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan era globalisasi.
Pengurusan
Mengamalkan sistem pengurusan yang berkualiti mengikut prosedur kerja yang berkualiti.
Memahami konsep kerja memalui kawalan mutu kerja yang cekap dan berkesan serta konsep kerja yang bersepadu melalui intergerasi kerja antara dan pelajar.
Mengamalkan perkhidmatan penyang, fleksibel, bertimbang rasa dan sedia menerima pandangan membina serta memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada yang layak yang menerima.