|
Bersantai di Kampus Tun Hussein Onn

Kampus Tun Hussein Onn menampilkan pemandangan yang berbeza pada detik-detik masa yang berlainan. Di sini igin kami berkongsi memori pada saat-saat yang mungkin anda tidak berkesempatan untuk menelitinya kerana kesibukan tugas.
Sebaik sahaja anda memasuki pintu masuk ke kampus, yang menyambut anda ialah Bangunan Pentadbiran yang berhadapan dengan anda di penghujung jalan tunggal yang bakal bersimpang dua.

Pada awal pagi yang menerima anda ialah sinaran suria yang berbagai gaya:
Suria memancar cerah sekali,
Membelah langit menerang bumi,
Guru mengajar menabur budi,
Membelai murid membina pertiwi




go to top |