Utama | Organisasi | Aktiviti | Penerbitan | Kursus | eJurnal | Galeri | Download | Portal IPGM | LMS IPGKTHO | Web IPGKTHO

Galeri

Bersantai di kampus IPGKTHO

Aktiviti Jabatan Teknologi Pendidikan

Aktiviti IPGKTHO

Hasil Karya Pelajar

Renungan

 

 

 

 

 

 

 

 

Renungan

CNY 2012cnycny

Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan penting bagi masyarakat Cina. Pada malam Tahun Baru Cina, kaum keluarga sama ada dekat ataupun jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan malam. Orang dewasa akan memberikan ang pow kepada kanak-kanak dan remaja yang masih lagi bujang sebagai tanda kasih dan doa selamat.

Pada musim perayaan ini kunjungan ke rumah sanak saudara dan sahabat dimulakan dengan ucapan "Selamat menyambut Tahun Baru Cina" dan "Gong Xi Fa Cai" (Semoga anda dapat rezeki yang lumayan).

prayercnyangpow

Perayaan ini diraikan dengan jamuan buah limau, kuih bakul, kuih kapit, daging salai dan lain-lain lagi.

membuat kuih kapitkuih kapitkuih bakul

Dari kiri: Proses membuat kuih kapit, kuih kapit dan kuih bakul.

Keluarga Cina suka menghiasi rumah mereka dengan pokok limau mandrin, pelbagai jenis bunga, mercun dan lain-lain lagi bagi memeriahkan lagi suasana.

flower limau<

Dari kiri: peach blossom, dan mandrin oranges.

firecrackers rhondodenron calligraphy

Dari kiri: mercun, bunga rhondodendron, dan calligraphy春联.

flower s

Dari kiri: Nipple fruits dan Daffodil.

Cerita dongeng mengenai asal usul Tahun Baru Cina (Nian)

Anda boleh mengikuti mitos mengenai asal usul Tahun Baru Cina ini dengan menontoh animasi "The Story of Nian" dalam versi Bahasa Inggeris ini:

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

(Sumber: The Story of Nian.(n.d.) [Youtube video] http://www.youtube.com/watch?v=vaEEtrSr3K0&feature=related

Zodiak Cina

Perayaan ini bersamaan dengan musim bunga pada tahun baru dan zodiak baru. Mengikut kalendar qamari Cina, ia dibahagikan kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Pada tahun 2012, zodiac baru adalah naga.

Zodiac Naga

Yang berikut merupakan penerangan mengenai zodiak Cina dan perwakilan sahsiah untuk mereka yang lahir pada tahun zodiak tersebut:

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

(Sumber: Chinese astrology: Chinese zodiac. (n.d.). [Youtube Video] http://www.youtube.com/watch?v=06YdupyVpG0)

Naga merupakan haiwan mitos dalam budaya Cina yang melambangkan kekuatan dan tuah.Dengan ini masyarakat Cina menggemari untuk melahirkan anak pada tahun zodiak naga.

 

Chap Goh Mei

Pada hari ke-15 tahun baru, sambutan pesta Chap-Goh-Mei (Malam ke-15) menandakan berakhirnya sambutan perayaan tahun baru. Pesta ini disambut secara besar-besaran dengan pembakaran mercun dan bunga api, colok besar serta menyalakan tanglung.

chap goh meitanglung

Di Pulau Pinang, acara pertandingan membuang dan mengutip buah limau serta pertandingan bot naga menjadi aktiviti tahunan bagi memeriahkan lagi suasana malam ke-15 dalam perayaan Tahun Baru Cina ini.

Menanda limau menanda buah limau

baung buah limau ke laut buang buah limau ke laut

mengaut buah limaupertandingan bot naga

Selamat menyambut Tahun Baru Cina!

 

go to top

01-May-2012 9:39 AM

Copyright © 2012 Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn. All rights reserved.
Last updated 1 May 2012
Template designed by TemplateYes