Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.awanya kepada cahaya Ilahi.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah menyeru umat Islam supaya mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad S.A.W. ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat dan menjadi contoh teladan kepada dunia.
“Kegigihan Nabi Muhammad S.A.W. dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zaman itu mahupun di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin serta zaman sesudahnya sehingga mampu mencipta satu tamadun gemilang, di mana kita mendengar Islam berjaya memimpin hampir tiga perempat dunia,” titah baginda.
Berikut merupakan video muzik untuk penghayatan bersama:
Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.