July 24 2014 08:15:38
  arrow Laman Utama

· Laman Utama
· Laman Berita
· Laman Artikel
· Laman Diskusi
· Laman Carian
· Downloads

  arrow Mengenai kami

· Organisasi
· Visi dan Misi
· Objektif
· Piagam Pelanggan
· Peraturan
· Aduan Online

  arrow Carian OPAC

· Web OPAC
· Browse Search

  arrow i Resources

· Malaysian Theses

  arrow PS Community

· PNM
· PPM
· IFLA
· PERPUN
· Academic Libraries
· Web Links
Users Online
· Guests Online: 5

· Members Online: 0

· Total Members: 836
· Newest Member: nur anisa ibrahim
Forum Threads
Newest Threads
· Assalam...
· bab analisis data
· Bimbingan Penyelidik...
· masalah nak kaitkan ...
· kaedah rawatan pilihan
Hottest Threads
· Bimbingan Penyeli... [60]
· Soal Jawab Kajian [22]
· Literasi Pusat Su... [19]
· Assalam... [2]
· bab analisis data [1]
Random Photo
Waktu Solat
Tukar Kawasan
©
Search in Quran
Search:
Search in Hadith
Search:
in
WAKTU PERKHIDMATAN

Info

WAKTU OPERASI

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 7.00 petang
07-4323271

Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya


Deprecated: Function ereg() is deprecated in /home/ipthoedu/public_html/pusatsumber/articles.php on line 39
Faedah Pusat Sumber Sekolah dalam Pengajaran dan Pembelajaran
FAEDAH PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
1.0 PENGENALAN
Pusat sumber merupakan jantung kepada sesebuah sekolah. Pusat sumber ialah suatu tempat atau gedung ilmu dan bahan di mana kita mendapat sumber maklumat penting yang sentiasa diperlukan. Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat pengumpulan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk dan diuruskan dengan sistematik bagi memudahkan pelanggan. Pusat sumber sekolah memberi perkhidmatan kepada pengguna untuk membolehkan semua pihak mencapai matlamat kurikulumnya. Sumber yang terdapat dalam pusat sumber sebenarnya dapat menjadi satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah mencapai matlamat wawasan negara. Oleh itu, pusat sumber ialah penggerak utama ke arah pembinaan masyarakat berilmu.
Pusat Sumber Sekolah ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan pelbagai kemudahan elektronik sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat P&P yang berkesan untuk individu dan kumpulan. Pusat Sumber Sekolah juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan. Ia juga memberi peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menulis, menyelidik, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin atau bersendirian. Hal ini dapat menjayakan satu system yang dinamis dan praktikal dalam P&P yang berkesan.
Pusat Sumber yang berkesan perlu dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. Pusat Sumber selalunya dan perlunya dilengkapi dengan bahan cetak iaitu seperti buku, akhbar, majalah, carta/peta, risalah dan lain-lain lagi dalam kualiti dan kuantiti yang mencukupi untuk menampung penggunaan.
Selain itu, dalam bahan bukan cetak boleh terbahagi kepada tiga iaitu koleksi kaset video/VCD rancangan TV, sumber elektronik dan peralatan.
2.0 BAHAN CETAK
2.1 Buku Rujukan, Ensiklopedia
Pusat Sumber memberi peluang kepada para pelajar untuk membaca dan meluaskan ilmu pengetahuan pelajar. Informasi yang terdapat dalam buku rujukan dan ensiklopedia dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi pembelajaran dalam buku teks. Hal ini menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran melalui buku rujukan sebagai bahan yang dapat membantu pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Guru dan murid menjadi tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
2.2 Akhbar dan Majalah
Pusat Sumber memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui isu-isu semasa negara dan dunia melalui pembacaan akhbar dan majalah. Akhbar dan majalah memberi informasi yang terkini melalui berita yang dilaporkan, dan ini boleh memberi maklumat terkini kepada pelajar. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan pelajar mengetahui semua perkara yang berlaku, sedang dan bakal terjadi di negara ini. Pelajar dan guru-guru dapat mendapat maklumat lebih awal mengenai sesuatu perkara melalui pembacaan akhbar dan majalah.
2.3 Buku Cerita
Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pembacaan buku cerita bolehlah dibuat di luar masa P&P, iaitu pada waktu rehat sekolah. Pusat Sumber bukan sahaja terdiri daripada perpustakaan sekolah tetapi boleh juga sebagai satu ruang di dalam bilik darjah yang merupakan sudut bacaan kelas, atau sebagai suatu pondok ilmu ataupun pondok ilmu di sebuah taman, ataupun laluan ilmu atau sudut ilmu di lorong laluan sebelah kelas. Hal ini dapat mencungkil minat pelajar terhadap buku untuk menggunakan buku pada setiap masa lapang dan menarik minat mereka untuk memegang buku sebagai satu tabiat utama.
2.4 Alat BBM
Alat Bahan Bantu Mengajar yang terdapat dalam pusat sumber sekolah dapat membantu guru untuk mengajar. Dengan adanya bahan bantu mengajar sebagai bahan sokongan, dapat mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Yakni, bahan bantu mengajar dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional.
3.0 BAHAN BUKAN CETAK
3.1 Koleksi kaset video/ VCD
Koleksi kaset video merangkumi kaset, kaset recorder, cakera padat (CD) dan video CD (VCD). Semasa waktu pembelajaran dan pendidikan muzik, guru bolehlah memainkan video CD untuk dijadikan sebagai tatapan pelajar untuk menari dan menggunakan gerakan tangan untuk menarik minat pelajar terhadap nyanyian lagu. Dengan adanya iringan lagu dan juga tayangan yang menarik dalam video, pelajar akan menjadi lebih berminat untuk belajar nyanyian lagu.
3.2 Rancangan TV (TV IQ, Discovery Channel, History, National Geography)
Dalam bahagian pusat sumber, perlu adanya suatu sudut TV pendidikan yang menjadi bahan keperluan bagi pelajar dan guru. Dengan menonton rancangan TV seperti TV IQ, Discovery Channel, National Geography, History Channel, pelajar dapat mempelajari geografi, sejarah, dan sains secara menarik melalui rancangan tv tersebut. TV pendidikan sesungguhnya dapat menarik perhatian pelajar terhadap kekuatan persembahan. Penghasilan TV Pendidikan dapat menggariskan kepentingan teknologi dalam pembangunan pendidikan di antara guru dengan pelajar dan juga bagi memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kreativiti dan inovatif dengan menggunakan pelbagai media dan teknologi.
3.3 Internet/ Bilik Komputer
Pusat Sumber yang merangkumi Bilik Komputer serta dilengkapi dengan kemudahan Internet dapat membantu dalam proses P&P. Internet pada masa kini merupakan suatu bahan keperluan dan bukan lagi kehendak. Pusat Sumber yang menyediakan perkhidmatan seperti ini membolehkan pelajar mengumpulkan maklumat dengan sekelip mata sahaja. Pelajar dapat menggunakan pangkalan data ataupun search engine untuk mencari maklumat dan segala-gala maklumat yang diperlukan hanyalah di hujung jari. Pencarian maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran dapat dibuat dengan serta merta dengan adaya kemudahan Internet. Sekolah yang dilengkapi dengan kelengkapan Wi-fi sememangnya dapat memudahkan pelajar belajar.
3.4 OHP Projektor / Smartboard
OHP, LCD komputer serta Projektor yang terdapat dalam pusat sumber sesungguhnya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif kepada pelajar. Penggunaan OHP Projektor yang mudah akan jimat masa pengajaran dan guru tidak perlunya menulis di papan hitam. Minat belajar pelajar dapat ditingkatkan kerana halangan untuk melihat papan hitam dan tulisan papan hitam pelajar dapat dikurangkan. Transparensi yang disediakan oleh guru perlulah sistematik dan maklumat yang ada pada satu transparensi haruslah tidak terlalu banyak.
3.5 Laman Web Pusat Sumber
Laman Web pusat sumber juga menjadi suatu komponen penting dalam kriteria penggunaan pusat sumber yang efektif. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan laman web pusat sumber untuk mencari sumber buku yang terdapat dalam pusat sumber, di bahagian rak tertentu. Laman web pusat sumber juga boleh digunakan oleh pelajar untuk mencari jurnal-jurnal atau artikel-artikel yang terdapat dalam koleksi pusat sumber. Hal ini penting untuk menjimatkan masa pelajar untuk mencari buku di rak dan dapat menggunakan direktori laman web untuk mencari bahan rujukan dengan lebih mudah.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, para guru bolehlah menggunakan pusat sumber dengan sepenuhnya dan menyeluruh supaya tidak membazirkan sumber yang terdapat di dalam pusat sumber tersebut. Hal ini supaya pusat sumber bukan hanya untuk sebagai paparan mata sahaja, tetapi untuk kegunaan efisien guru dan pelajar bagi menjamin keberkesannya dalam pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran.
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Events
< July 2014 >
Mo Tu We Th Fr Sa Su
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
Birthdays Birthday(s):
PIAGAM

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox

You must login to post a message.

01/08/2013 09:20
apa anip?

01/08/2013 09:13
apa anip?

01/08/2013 09:01
Bush blank latewww

01/08/2013 08:57
amon amon

01/08/2013 08:54
amon kan lembab Frown

Member Poll
Pendapat anda mengenai Laman Web Ini











You must login to vote.

1m1s

MBMMBI

KSSR!

RMK10

NKRA