December 21 2014 01:13:37
  arrow Laman Utama

· Laman Utama
· Laman Berita
· Laman Artikel
· Laman Diskusi
· Laman Carian
· Downloads

  arrow Mengenai kami

· Organisasi
· Visi dan Misi
· Objektif
· Piagam Pelanggan
· Peraturan
· Aduan Online

  arrow Carian OPAC

· Web OPAC
· Browse Search

  arrow i Resources

· Malaysian Theses

  arrow PS Community

· PNM
· PPM
· IFLA
· PERPUN
· Academic Libraries
· Web Links
Users Online
· Guests Online: 3

· Members Online: 0

· Total Members: 715
· Newest Member: 921201115020
Forum Threads
Newest Threads
· Literasi Pusat Sumber
· Kajian Tindakan RBT S7
· Soal Jawab Kajian
· kajian tindakan
· kajian
Hottest Threads
· Soal Jawab Kajian [22]
· Literasi Pusat Su... [19]
· Kajian Tindakan R... [1]
· kajian tindakan [1]
· kajian [1]
Random Photo
Waktu Solat
Tukar Kawasan
©
Search in Quran
Search:
Search in Hadith
Search:
in
WAKTU PERKHIDMATAN

Info

WAKTU OPERASI

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 7.00 petang
07-4323271

Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya


Deprecated: Function ereg() is deprecated in /home/ipthoedu/public_html/pusatsumber/articles.php on line 39
Penggunaan Pusat Sumber dalam P&P
Pusat Sumber Sekolah merupakan komponen yang amat penting dalam perancangan jangka panjang program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan Negara (Isnazhana dan rakan,2006). Dalam hal ini, Jerry (1970) menyatakan pusat sumber sekolah (PSS) harus diinterprestasikan dengan lebih meluas,yang mana keseluruhan aspek rancangan pengajaran dan pembelajaran dapat diperkayakan dengan adanya penglibatan yang aktif oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Menurut Anuar (2000) Pusat Sumber Sekolah (PSS) amat diperlukan bagi menampung perbezaan di kalangan pelajar dari segi cara belajar, minat kecenderungan dan kebolehan. Davies (1979) menganggap Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai ‘tenaga ke arah kecemerlangan pendidikan ‘.Ini kerana PSS dapat memainkan peranan dan fungsi sebagai penyebar ilmu pengetahuan, menyemai minat membaca dan menyediakan pelbagai bahan dan media selari dengan tuntutan perkembangan teknologi maklumat .Oleh itu, kecekapan guru amat diperlukan dalam mengendalikan penggunaan PSS.

Penggunaan PSS ditakrifkan sebagai proses mencari,membaca dan membuat rujukan bagi memperolehi maklmat untuk tujuan pembelajaran atau pengetahuan am. Isnazhana et.al (2006) merupakan pusat penyimpanan dan memberi perkhidmatan mengenai pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Di dalamnya mengandungi bahan jenis buku, bahan cetak, bahan bukan buku, bahan grafik, bahan dengar dan alat-alat serta objek. Ia juga tempat menyimpan rekod bahan lain yang terdapat di sekolah, memberi perkhidmatan maklumat,dan mempunyai ruang dan alat untuk kakitangan sekolah dan murid-murid membuat bahan pengajaran dan pembelajaran seperti Program NILAM (Nadi Amalan Membaca).

Guru mata pelajaran digalakkan supaya menggunakan PSS sebagai salah satu tempat yang formal juga untuk P & P. Menurut Rokiah (1999) P & P yang berkesan menekankan penggunaan teknologi dan kaedah baru serta pelbagai media. Antaranya ialah meningkatkan penggunaan komputer di bilik darjah, memperluaskan pembinaan bahan-bahan pengajaran dan multimedia serta meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai nadi dalam proses P & P di sekolah. Rangkaian pusat sumber pendidikan didirikan daripada peringkat kementerian hinggalah ke peringkat sekolah. Pusat–pusat sumber pendidikan ini diharap dapat merancang dan menyediakan program media pendidikan supaya meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Di sekolah pusat sumber ditubuhkan untuk memenuhi tiga matlamat utama iaitu menyediakan perkhidmatan media (seperti memberi pinjam), melahirkan pengguna/pencari maklumat (pelajar) yang bijaksana dan intelektual dan menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dapatan kajian Burks (1996) mengesahkan bahawa penggunaan PSS oleh pelajar ditentukan oleh tugasan yang diberikan oleh guru yang memerlukan pelajar menggunakan PSS. Dari kajian ini, dapatlah dikatakan bahawa guru juga berperanan dalam menggalakkan pelajar menggunakan pusat sumber untuk pengajaran dan pembelajaran, sama ada memberi tugasan atau pun membuat aktiviti pengajaran dengan membawa pelajar masuk menggunakan pusat sumber semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara terancang, sekaligus sebagai bahan Bantu mengajar dan menjalankan kaedah pembelajaran kendiri.

Kecenderungan penggunaan PSS bergantung kepada keperluan pengguna PSS itu sendiri,sama ada pelajar atau guru. Antaranya ialah minat untuk mengujungi PSS bagi mendapatkan sesuatu maklumat yang ingin dicari yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada pelajaran atau dirinya. Selain daripada itu terdapat sesuatu yang menarik di dalam PSS menjadikan seseorang itu berminat untuk mengunjungi PSS. Oleh itu, pelajar perlu dipupuk minat membaca sejak persekolahan lagi. Guru amat memainkan peranan untuk membimbing murid untuk menjadikan PSS sebagai rujukan mereka. Murid perlulah dididik supayatidak hanya semata-mata merujuk kepada buku teks sahaja. Bahan bacaan lain seperti majalah, ensiklopedia, buku cerita juga boleh dijadikan rujukan mereka.

Kekerapan penggunaan PSS mempunyai banyak faktor, antaranya ialah minat membaca. Individu yang mempunyai hobi membaca akan mudah untuk mengunjungi PSS berbanding dengan mereka tidak minat membaca. Kajian Rabiah Halidi (1989) yang mendapati terdapat hubungan yang rapat antara kekerapan penggunaan PSS dengan minat membaca. Beliau mendapati bahawa seramai 72.5% daripada pelajar yang berkunjung ke PSS adalah bertujuan untuk membaca atau meminjam buku cerita, majalah atau surat khabar. Seterusnya seramai 60% pelajar yang berkunjung ke PSS adalah untuk meminjam buku-buku rujukan.

Selain itu, faktor lain kekerapan penggunaan PSS di kalangan pelajar ialah minat membaca buku-buku fiksyen. Namun, terdapat kajian yang menyatakan taraf penggunaan PSS di kalangan rakyat Malaysia adalah di tahap minimum. Pelajar-pelajar yang suka membaca kebanyakan hanya tertumpu kepada bahan peperiksaan dan rujukan peperiksaan sahaja. Oleh itu, guru berperanan memupuk tabiat membaca bahan bacaan lain untuk mengisi lapang pelajar dengan lebih berfaedah.

Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang sentiasa merancang aktiviti dengan teliti, setiap aktiviti itu dilaksanakan secara berterusan untuk menggamit kunjungan dan kehadiran pengguna ke PSS terutama di kalangan pelajar dan guru. Pengguna mengunjungi PSS dengan pelbagai tujuan tetapi aktiviti merupakan langkah awal untuk mereka mengenali PSS. Pengalaman dan pengamatan penyelidik sebagai Guru Media dan Perpustakaan, Bulan Membaca - PSS (Julai) jumlah pengunjung PSS bertambah sekali ganda daripada bulan-bulan lain, ini kerana banyak aktiviti yang dijalankan di PSS.

Kaedah dan teknik yang digunakan oleh seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah kreatif, dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Penggunaan PSS dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan teliti dan rapi adalah salah satu kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar. Kemahiran mengesan maklumat adalah salah satu kemahiran dalam pembelajaran, dan mesti dipupuk di kalangan pelajar supaya pencarian ilmu berlaku dengan mudah dan berkesan serta memberi impak yang banyak kepada pelajar. Kelaziman kemahiran mengesan maklumat berlaku di PSS dengan pelbagai kaedah sama ada mengesan maklumat secara bercetak atau menggunakan. Secara tidak langsung, ini menunjukkan ada perhubungan antara penggunaan PSS dan kemahiran mengesan maklumat.

Di zaman ini, maklumat sangat mudah diperolehi. Situasi ini memerlukan setiap individu berupaya untuk memilih, mengguna dan menilai maklumat. Banyak kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara penggunaan PSS dan kemahiran mengesan maklumat. Contohnya kajian oleh Hagrasy (1962) mendapati bahawa ada pertalian antara minat dan kebolehan belajar melalui penggunaan pusat sumber dengan kemahiran mengesan maklumat. Maka pelajar yang mempunyai kemahiran mengesan maklumat didapati lebih berminat kepada aktiviti membaca dan kerap mengunjungi PSS untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sumber utama maklumat, sama ada dalam bentuk bercetak seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar dan sebagainya atau pun dalam bentuk eletronik seperti CD ROM, video, kaset video, pangkalan data dan lain-lain. Sokongan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan, mengharapkan hari ini Pusat Sumber Sekolah bukan hanya memainkan peranan sebagai tempat meletak dan mengumpulkan bahan-bahan maklumat sahaja malah ia berfungsi sebagai;
1. Pusat himpunan sumber segala ilmu multimedia.
2. Pusat rekreasi minda, memupuk minat pengunjung supaya menghayati ilmu sepanjang hayat melalui program pendidikan terancang.
3. Pusat ilmu setempat, bermakna pengunjung mampu memperolehi ilmu dari pelbagai lokasi hanya duduk di hadapan komputer di pusat sumber sahaja.
4. Pusat Inforia (infortainment) dan didikria (edutainment), pelajar merasa terhibur dan seronok untuk mendapatkan ilmu tanpa rasa bosan.
5. Pusat pembudayakan teknologi maklumat dan ilmu, pelajar dapat memahirkan diri dengan komputer serta memperolehi ilmu.
6. Pusat pangkalan data ,untuk mendapatkan sebanyak mungkain data yang diperlukan oleh pelajar.
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Events
< December 2014 >
Mo Tu We Th Fr Sa Su
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31        
PIAGAM

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox

You must login to post a message.

19/10/2014 10:37
Pahang 3 ~ 0 kedah

19/10/2014 10:37
Im chulass

19/10/2014 10:36
tesl 4 hebat!

19/10/2014 10:36
Hitam bergaya bermakna tiada kelemumur

19/10/2014 10:35
Ong hebat!

Member Poll
Pendapat anda mengenai Laman Web Ini











You must login to vote.
Gaji
Tarikh Gaji penjawat awam
23.01.2014
25.02.2014
25.03.2014
24.04.2014
22.05.2014
25.06.2014
22.07.2014
25.08.2014
25.09.2014
16.10.2014
25.11.2014
18.12.2014

1m1s

MBMMBI

KSSR!

RMK10

NKRA