July 23 2014 13:07:56
  arrow Laman Utama

· Laman Utama
· Laman Berita
· Laman Artikel
· Laman Diskusi
· Laman Carian
· Downloads

  arrow Mengenai kami

· Organisasi
· Visi dan Misi
· Objektif
· Piagam Pelanggan
· Peraturan
· Aduan Online

  arrow Carian OPAC

· Web OPAC
· Browse Search

  arrow i Resources

· Malaysian Theses

  arrow PS Community

· PNM
· PPM
· IFLA
· PERPUN
· Academic Libraries
· Web Links
Users Online
· Guests Online: 2

· Members Online: 0

· Total Members: 836
· Newest Member: nur anisa ibrahim
Forum Threads
Newest Threads
· Assalam...
· bab analisis data
· Bimbingan Penyelidik...
· masalah nak kaitkan ...
· kaedah rawatan pilihan
Hottest Threads
· Bimbingan Penyeli... [60]
· Soal Jawab Kajian [22]
· Literasi Pusat Su... [19]
· Assalam... [2]
· bab analisis data [1]
Random Photo
Waktu Solat
Tukar Kawasan
©
Search in Quran
Search:
Search in Hadith
Search:
in
WAKTU PERKHIDMATAN

Info

WAKTU OPERASI

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 7.00 petang
07-4323271

Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya


Deprecated: Function ereg() is deprecated in /home/ipthoedu/public_html/pusatsumber/articles.php on line 39
Pengurusan Pusat Sumber
Perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih moden. Media yang paling popular ini ialah penggunaan komputer atas internet. Beberapa faktor menyumbang kepada kepopularan ini termasuk kesediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Telah terbukti bahawa usaha ke arah pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran sedang giat dilakukan oleh semua pihak diseluruh dunia.

Media adalah saluran komunikasi. Contoh media termasuklah slide, video, gambarajah, bahan bercetak dan komputer.Bahan-bahan ini juga dipanggil membawa mesej yang bertujuan untuk memudahkan komunikasi dan meningkatkan pembelajaran.

Media pendidikan dibahagikan kepada dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan bercetak. Media pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal,risalah dan sebagainya manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua jenis alat projektor, sistem audio, video, transparensi, komputer dan sebagainya.

Media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dikaitrapatkan dengan komputer dan ICT. Media berbantukan komputer ialah dengan
menggunakan perkakasan dan peralatan komputer secara terus samada melalui perisian persembahan elektronik seperti powerpoint atau penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui internet.

Terdapat berbagai-bagai kemudahan aplikasi internet yang utama yang boleh menyokong keperluan pendidikan masa kini iaitu E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) ,File Transfer Protocal (FTP) dan Telesidang Video (Video Conferencing)

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail
ialah berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar dan pihak jabatan serta kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya dan menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul .

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latarbelakang negara mengenai berbagai isu semasa, mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara, dan memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail. Penggunaan mel eletronik dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolahrendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan, para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' .Ia dapat menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet.

Oleh itu, pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia,dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer, berpeluang menjalankan aktiviti
kumpulan dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau
kemahiran berkomunikasi.

Internet telah digunakan sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga telah digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain.

Internet mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan. Bahan-bahan seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia ,fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit boleh diperolehi dengan. Tambahan pula,maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain.

Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.

Selain itu, guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Terdapat beberapa kemudahan berupa perisian atau komputer server yang telah menyediakan kemudahan tersebut.Antara bentuk saluran komunikasi atau perisian yang terdapat melalui internet ialah Discussion group, Internet phone, netmeeting, ICQ dan lain-lain.

Di Malaysia, Internet menjadi sebahagian dari kelengkapan sekolah
Menengah dan sekolah rendah ataupun institut pendidikan yang lebih tinggi. Kesimpulannya, internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar, betapa mudah atas alasan ia tersedia kepada semua lapisan pengguna.

Oleh yang demikian, usaha ke arah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu diutamakan untuk menangani isu-isu asas ini.
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Events
< July 2014 >
Mo Tu We Th Fr Sa Su
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
Birthdays Birthday(s):
PIAGAM

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox

You must login to post a message.

01/08/2013 09:20
apa anip?

01/08/2013 09:13
apa anip?

01/08/2013 09:01
Bush blank latewww

01/08/2013 08:57
amon amon

01/08/2013 08:54
amon kan lembab Frown

Member Poll
Pendapat anda mengenai Laman Web Ini











You must login to vote.

1m1s

MBMMBI

KSSR!

RMK10

NKRA