Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Menu
Utama

Sejarah
Logo & Moto
Visi, Misi, Matlamat
Lagu
Organisasi
Senarai Staf
Artikel
Forum
Pautan Web
Katagori Berita
Galeri Gambar
Carian
Kemudahan
Muaturun

Jabatan-Jabatan
Hal Ehwal Pelajar
Ilmu Pendidikan
Pengajian Melayu
Sains & Matematik
Teknologi Pendidikan
Kemahiran Hidup
Kajian Sosial
JAPIM
Bahasa
R & D
Unit Peperiksaan
Unit Gerko
Unit Latihan Dlm. Perkh.
Unit Praktikum
Pusat Sumber

On Line Learning
LMS
Jadual Waktu

E-Mail
Email Staff

Pengguna Online
Tetamu Online: 3

Ahli Online: 0

Jumlah Ahli: 344
Ahli Baru: paper
Sejarah

 

 

 

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) terletak di tapak seluas 60 ekar di Km 7.75, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor bersebelahan dengan Sekolah Teknik Batu Pahat. Kawasan yang seluas 60 ekar ini pada awalnya merupakan kawasan ladang estet, kelapa sawit dan kawasan pertanian. Memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai dari segi kedudukannya di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Bandar Penggaram (Batu Pahat) dengan Kluang. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) ini telah dibiayai pembinaannya oleh Bank Dunia. Pembinaan kampus institut oleh LBH Construction telah dimulakan pada tahun 1987 sebagaimana yang dirancangkan dalam Perancangan Pembangunan Pendidikan dalam rancangan Malaysia ke-5. Projek dengan kos pembiayaan lebih 20 juta ringgit itu siap pada bulan April 1992 dan penyerahan rasmi oleh pihak LBH Construction kepada Kementerian Pendidikan yang diwakili oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia disempurnakan pada 19 Mei 1992. Institut ini yang amat indah dan dibanggai oleh semua orang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu pada 10 September 1994. Majlis penyampaian Diploma dan Sijil Perguruan kali pertama di maktab ini telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid Bin Mohd. Noordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada sebelah malamnya. Institut ini mula beroperasi sebagai maktab perguruan yang ke-30 di Malaysia pada 1 April 1992 di bawah pimpinan Tuan Haji Elias bin Haji Md. Hanafiah sebagai Pengetua pertama. Di antara staff akademik yang awal bertugas di maktab ini ialah En. Malik bin Haji Kasdu, En. Azni Jaafar, En. Mohd Noor bin Haron, Puan Ngah Hamsiah bte Ariffin dan beberapa orang pensyarah yang lain. Sebagai "perintis" di institut ini, mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru pelatih tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain.

Institut ini yang amat indah dan dibanggai oleh semua orang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu pada 10 September 1994. Majlis penyampaian Diploma dan Sijil Perguruan kali pertama di maktab ini telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid Bin Mohd. Noordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada sebelah malamnya. Institut ini mula beroperasi sebagai maktab perguruan yang ke-30 di Malaysia pada 1 April 1992 di bawah pimpinan Tuan Haji Elias bin Haji Md. Hanafiah sebagai Pengetua pertama. Di antara staff akademik yang awal bertugas di maktab ini ialah En. Malik bin Haji Kasdu, En. Azni Jaafar, En. Mohd Noor bin Haron, Puan Ngah Hamsiah bte Ariffin dan beberapa orang pensyarah yang lain. Sebagai "perintis" di institut ini, mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru pelatih tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain.
Log Masuk
Kata Nama

Kata Laluan



Bukan Ahli?
Click Disini Untuk Mendaftar.

Lupa Kata Laluan?
Mohon Baru Disini.
Kaji Selidik
Pendapat anda tentang laman web ini.









Anda Hendaklah Log Masuk Untuk Mengundi.